Sunday, September 9, 2012

@Saniah's Open House


Saniah orang pertama yang telah mengadakan rumah terbuka pada tahun ini. Dia telah menjemput sahabat akrab nya ke rumah terbuka nya. Aku dengan berbaju tidur datang awal pagi ke rumah dia untuk membantu dia memasak/ buat apa yang patut.


 



Terdapat Nasi Lemak, Ayam berempah, popiah dan pelbagai juadah disediakan di rumah terbuka ini. Alhamdulillah, perut full dengan makanan yang sedap-sedap belaka. 'em orang yang paling lambat tiba adalah Yasmin, aku mengsyaki bahawa dia lewat kerana sibuk dengan eye liner nya.











Seperti biasa, perkara biasa, semuanya biasa, selesai bermakan-makan berminum-minum sudah tentulah sesi menggedik dihadapan camera bermula.











Kegilaan melanda pada waktu petang yang indah, aku serta sahabat-sahabat ke taman permainan di rumah Saniah. Terserlah sungguh kebudak-budakkan kami semua disitu. Bermain buaian dan sebagainya sehingga 6.30 petang. Hari semakin gelap, semua orang menunggu ketibaan ibubapa untuk mengambil mereka pulang ke rumah halaman. Yang penting aku Harry Potter (;



No comments:

Post a Comment