Wednesday, October 9, 2013

Freedom

"Berserah diri kepada Allah SWT setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh sesuatu" -tawakal

Alhamdulillah, everything goes well semasa menduduki Peperiksaan Menengah Rendah tahun 2013 ini. Allah SWT telah mempermudahkan urusan  ku ketika berjuang di medan PMR 2013. Aku telah bersungguh-sungguh menjawab soalan PMR pada tahun 2013 ini hanya semata-mata kerana ibu, bapa dan guru-guru ku.

Inilah masanya untuk aku bersuka-ria, bergembira sebelum keputusan PMR 2013 keluar dan sebelum aku melangkahkan kakiku ke alam SPM yang lebih mencabar. Aku berharap aku adalah salah seorang calon yang tergolong dalam kalangan 8A PMR itu. Ini semua untuk ibu dan bapa aku daripada anak bongsunya.
Aku tahu dalam hati mereka mesti terdetik ingin melihat anak bongsunya berjaya setelah melihat kedua-dua anak lelakinyaa berjaya dahulu.




Alhamdulillah aku bersyukur dikurniakan ibu dan bapa yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan 8A untuk aku. Ya Allah, tanpa mereka mesti susah semasa aku sedang menjawab peperiksaan selama empat hari itu. Alhamdulillah, ya Allah. Segulung terima kasih juga buat abang-abang dan kakak-kakak ipa yang selalu menyoong aku dari belakang, hadapan, kiri dan kanan. Tidak lupa kepada guru-guru yang telah memberi tunjuk ajar kepada aku.

Perasaan aku bercampur-aduk sekarang ini. Gembira sudah semestinya, nama pun pelepasan PMR. Takut, risau adatlah keputusan tidak keluar lagi. Btw, its been a long time tu aku tak post di blog ni. Bersawang-sawang bagaikan apatah hahaha.

Akhir kalam, Ya Allah, pemurahkan lah hati pemeriksa yang akan menanda kertas peperiksaan ku. Tenangkanlah hati dan fikiran mereka ketika menandakan kertas peperiksaan ku. Kurniakanlah mereka sifat yang mulia dan betimbang rasa ketika menanda kertas peperiksaan dan bukakan lah pintu hati mereka ketika menanda kertas peperiksaan ku. Ya Allah aku bermohon kepadamu, kurniakan lah kejayaan 8A PMR 2013 kepadaku hanya semata-mata untuk ibu dan bapaku Ya Allah. -aamin ya rabbal alamin-


Harrry Pottering is back~


No comments:

Post a Comment