Hari ini keputusan UPSR keluar, 14 November 2013 Khamis. Oleh hal demikian, aku ingin mengimbas kembali saat-saat aku mengambil keputusan UPSR 2010, iaitu pada dua tahun yang lepas. Aku hanya mendapat 4A1B dalam peperiksaan UPSR dua tahun lepas. Walaupun ada 1B aku tetap bersyukur. Ini hadiah untuk kedua ibu bapa aku.
Nama aku disebut untuk naik ke atas pentas sebagai calon 4A1B dalam UPSR. Aku masih ingat au berjalan ke hadapan sambil menangis teresak-esak memeluk guru kelas aku dihadapan terlebih dahulu kerana ibu dan bapa aku tidak hadir pada hari tersebut. Tudung aku berserabai, muka merah menangis. Aku meneruskan langkah dan naik ke atas pentas memagang keputusan peperiksaan UPSR aku.
Guru Besar sekolah rendah aku mengucapkan ahniah kepada aku. Aku tidak terkata. Aku dan rakan-rakan berpeluk-peluk di atas pentas. Selepas itu mengambil gambar berami-ramai. Tidak hairanlah tudung sekolah itu serabai, zaman kanak-kanak. Kekemasan seperti tidak diendahkan sangat. kehkehkeh.
Dapat sahaja keputusan UPSR 2010, aku terus keluar dewan dan kononnya mencari ibu dan bapa aku tetapi... aku lupa bahawa ibu dan bapa aku tidak hadir pula. tamat sahaja hari mengambil keputusan UPSR, aku terus berlari ke rumah aku yang agak jauh juga daripada sekolah. Aku berlari menuju ke rumah dengan penuh keriangan dan membawa hadiah untuk ibu dan bapa aku.
Sampai sahaja di lorong yang sudah dekat dengan rumah aku, aku terus menjerit daripada jauh "MAAAA ADIK DAPAT 4A MAAAAA". Ibu aku sudah pun tunggu dihadapan pagar rumah aku. Ibu aku terus memeluk dan melihat keputusan peperiksaan aku. Ibu aku berkata mengapa aku menjerit sedangkan sampai di rumah pun belum lagi. Aku hanya tersengih bagaikan kerang busuk.
Selepas memberitahu ibu aku tentang keputusan peperiksaan UPSR aku, aku terus menelefon ayah aku di tempat kerjanya. Ayah aku mengangkat telefon dengan suaru yang fuhh bersemangat. Aku rasa ayah aku menangis, hehehe. Selepas itu, aku memberitahu kedua-dua orang abang aku. Pulang sahaja mereka ke rumah, abang-abang menenung keputusan UPSR aku selam 10 minit. Aku pun pelik. Mungkin mereka terpegun dengan adi perempuan mereka ini. Kehkehkeh.
Sekian.
Selamat berjaya kepada si 3 kembar iaitu adik sahabat akrab aku, Yasmin dan kepada adik sahabat aku juga, Wahidah. Semoga adik-adik kalian memperoleh keputusan yang warna terbang pada hari ini. Tahniah jika adik-adik kalian telah mendapat keputusan UPSR pada hari ini. Aku sangat bangga. Maklumlah, aku tiada adik.
Apa-apa pun, keputusan UPSR sudah pun keluar pada hari ini. Kini, tiba masanya keputuan Penilaian Menengah Rendah 2013 pula akan keluar pada 23 Disember 2013. Ya Allah, aku berharap aku mendapat 8A's dalam PMR 2013. Ini hadiah khas untuk aku kepada ibu dan bapa aku. Aku ingin menutup PMR 2013 ini dengan keputusan yang cemerlang.
(40 DAYS | 12 HOURS | 16 MINUTES | 59 SECONDS) - daripada sekarang.
Yang penting aku Harry Potter (;
No comments:
Post a Comment