Assalammualaikum, pada hari ini aku buat research tentang potong gigi. Dua gigi depan atas dan dua gigi bawah depan aku kena potong. Semasa itu, aku kena injections sebanyak 10 kali. Sangat sakit, terasa juga. Aku dapat tahu sesuatu ini. Aku menangis dapat tahu ini.
Gigi aku kalau pakai gigi besi tidak potong yang dua atas dan dua bawah ini tak boleh. Ini kerana gigi aku terlalu panjang, memang gigi aku akan masuk ke dalam nanti tetapi dua gigi depan atas dan dua gigi depan bawah aku tidak akan bertemu nanti kalau aku tidak potong. Doktor yang kata aku kena potong sebab gigi aku tidak akan bertemu nanti. Gigi aku terlalu panjang.
Hari ini aku buat research, aku banyak baca kikir gigi itu haram jika hanya semata-mata untuk kecantikkan tetapi harus jika gigi itu menyusahkan untuk makan dn sebagainya. Ya Allah, sebak aku dengar. Aku terus bertanyakan pada kakak ipar aku yang sangat mendalam tentang hukum-hukum ini. Kakak ipar aku kata, "potong gigi haram, kak As ada baca semalam. Tetapi disebabkan awak tak tahu buat sunat taubat sebab tak tahukan. Potong gigi itu seperti kikir gigi lah. Tapi mungkin awak potong gigi itu sebab doktor kata tak bertemu yang menyebabkan tidak boleh mengunyah makanan"
Gigi aku terlalu panjang, menyebabkan tidak boleh bertemu antara satu sama lain, macam mana aku nak gigit makanan nanti? Doktor yang kata. Aku memang tidak tahu apa-apa masa itu. Ya Allah, aku tak boleh lah. Aku tak berhenti menangis ini. Aku takut dengan dosa. Kakak ipar aku kata, "Allah SWT itu maha pengampun, disebabkan awak tidak tahu, ataupun potong gigi ini sebab tidak boleh bertemu yang susahkan nak menggigit makanan, insyaAllah Allah SWT akan ampunkan. Teruskan membuat sunat taubat"
Ya Allah, ampunilah hambaMu ini. Sesungguhnya daku tidak sempurna. Ya Allah, aku bersedih apabila mendapat tahu pasal ini. Aku berharap sunat taubat aku diterima. Dosa aku diampuni oleh Allah SWT.
Tolong doakan aku ye, kepada sesiapa yang melawati aku di sini. Sekian hmm.
-Harry Potter (:
No comments:
Post a Comment