Wednesday, November 6, 2013

Its been a long time ..

Assalammualaikum, akhirnya dapat juga keluarga Tan ini berkumpul. Begitulah lama tidak berkumpul seperti ini. Maklumlah, abang pertama aku sudah pun berkahwin dan sudah pun mempunyai dua orang puteri dan abang kedua aku pun telah berkahwin pada bulan Februari 2013 hari itu. Semestinya ada yang diantara abang aku akan pulang kampung sebelah isterinya manakala ada abang aku yang akan beraya bersama-sama ibu dan ayah aku dahulu.

Pada tahun ini, abang pertama aku telah pulang ke kampung sebelah isterinya dan abang kedua aku pulang beraya dengan ibu dan ayah aku. Nampak tak tinggal sikitnya? Aku dapat bersama dengan kedua-dua abang aku pada hari raya kedua. Kami berkumpul di sebuah hotel, Grand Lexis. Itu pun, pada waktu malam abang kedua aku akan pulang ke kampung sebelah isterinya pula.

Oleh hal demikian, kami dapat bersama setengah hari sahaja. Tidak mengapalah, asalkan masih ada kenagan family gathering pada tahun ini. Aku tidak tahulah pada tahun hadapan bagaimana. Tahun depan mesti aku beraya dengan ibu dan ayah aku sahaja ..

Macam ini rupanya apabila kedua-dua abang aku telah berkahwin. Ada yang akan pulang ke kampung sebelah isteri, ada yang akan pulang bersama ibu dan ayah aku. Yalah, mestilah bergilir-gilir ingin menjaga hati isteri kata mereka. Hahaha. Ibu dan ayah beraya dengan aku sahaja lah, setiap tahun. Raya kedua baru dapat berkumpul dengan tiga orang anaknya. Hihihi

Aku suka gambar. Ini kerana gambar tidak boleh berubah. Gambar menyimpan dan menunjukkan sesuatu kenangan. Kalaulah, gambar boleh bergerak, alah-alah Harry Potter itu. Eh hihihi. Alhamdulillah, tahun ini gambar complete. Satu family dalam gambar. Akhirnya, ini yang aku inginkan. Sekian.

Yang penting aku Harry Potter (;








No comments:

Post a Comment