Thankful to Allah SWT. Ya Allah, i'm so speechless. Jantung aku berdegub kencang. Selama ini, apa sahaja permohonan yang aku buat, semestinya ditolak. Ini nikmat Allah SWT kepada aku. Aku bersyukur tidak terhingga. Aku.. aku .. lidah aku kelu, tidak tahu ingin berkata apa selain daripada bersyukur. Aku terharu tetapi..
Adakah aku ke pergi nanti? Ataupun aku tetap duduk disekolah lama? Aku ada sebab.. Ini peluang terakhir, mungkin? Siapa tahukan? Jika aku tidak pergi, berakhir begini sahajalah. My dream didn't come true. Bersekolah di sini sahajalah aku alamatnya.
Pening kepala berfikir selama dua puluh empat jam. Apabila aku melihat reaksi ibu aku, seperti tidak membenarkan aku pergi. Ini membuatkan aku serba salah jika aku pergi. Reaksi ayah aku sangat teruja, dia bangga dengan aku tetapi ..
Aku cuba untuk menenangkan hati dan fikiran aku dengan berkata "belajar dimana-mana sama sahaja, kalau kau rajin kau berjaya dengan cemerlang dan jika kau malas, hancur impiankau ingin berjaya itu adrin".
aku pasrah, tidak mengapa . apa-apa pun aku bersyukur aku diterima walaupun aku tidak pergi ke sana pada minggu hadapan. aku redha dengan semua ini. aku rasa aku telah membuat keputusan yang benar. aku tidak kemana-mana demi ibu ayah aku muktamad.
kesedihan, kepasrahan ini hanya sementara. aku cuba mengawalnya..
Yang penting aku Harry Potter (;
No comments:
Post a Comment