Wednesday, May 21, 2014
tamat
alhamdulillah yang peperiksaan pertengahan sudah pun tamat pada hari ini,
keluar aku dari kepompong peperiksaan selema tiga minggu. menahan nafsu untuk makan makanan segera seperti maggie, keropok, minuman berkarbonat dan benda yang sejuk demi menguatkan daya pemikiran aku supaya berjalan lancar semasa menjawab soalan peperiksaan lepas. tidak sangka tiga minggu aku mampu bertahan wah hebat!
seronok peperiksaan sudah habis malah takut terhadap markah peperiksaan pula. aku sudah belajar, aku sudah berusaha, aku sudah berdoa dan aku sudah pun tawakal. apa yang aku dapat aku perlu terima. aku tidak target banyak, tapi sekurang-kurangnya aku nak tinggi sedikit walaupun sediki malah ia begitu berharga buat diriku ceh.
tamat peperiksaan tidak semestinya aku melepaskan batuk ditangga sahaja buku-buku itu.
apa kata ibu nanti "tak belajar ke",
jangan sampai kosong pula dalam minda ini,
aku tetap akan buka buku dalam masa untuk bersuka ria jua.
nikmat tamat peperiksaan ini lain macam
aku rasa,
kau rasa?
baguslah itu kalau engkau rasakan.
selamat mendapa keputusan peperiksaan pertengahan tahun,
yang penting aku harry potter (;
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment