Tuesday, June 10, 2014
ibu.
acap kali dengar ibu engkaulah ratu hatiku.
ibu seseorang yang melahirkan anak sama ada perempuan atau lelaki. setiap manusia di bumi allah mempunyai ibu masing-masing. masing-masing memahami ibu masing-masing. aku faham ibu aku. kau faham ibu kau. orang lain tidak mengenali ibu aku sebagaimana aku mengenali ibu aku.
aku cuma nak bicara,
jangan kata buruk terhadap ibu aku sebab aku tak kata buruk terhadap ibu kau. unless?! kau kenal ibu aku. aku bagi peringatan sahaja. bawa betenang dulu, jangan gelabah marah aku.
aku rasa, kalau orang buat jahat dengan ibu aku, aku akan marah dan menangis gila. ya, aku tahu kena tahan kemarahan itu. menahan kemarahan itu senang, tapi nak mengawal air mata itu bagaimana? mungkin berkata begini "berhentilah berhentilah". susah susah.
aku rasa ibu aku ini seorang yang tabah, kena tomahan apa pun tabah. kalau aku? bagai meletusnya lava gunung berapi. ibu aku tenanglah, sebab dia tahu yang dia tidak bersalah. betul ajaran itu, cuma aku yang melebih-lebih apabila berlaku sesuatu pada ibu aku.
ibu aku bukan yang jenis suka keluar rumah. duduk melepak berborak sana sini, membuat ketupat sana sini. aku tahulah sebab dia ibu aku. aku balik sekolah ibu aku tengok tv. aku habis belajar, ibu aku tengok tv. aku tahulah ibu aku.
gaharu, cengal, ghiam,
tak tahu, tak kenal, diam.
semoga allah memberi hidayah kepada manusia yang suka menghangatkan cerita-cerita, drama-drama malaya.
sekian
yang penting aku harry potter (;
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment