Sunday, January 4, 2015

2015



Bismillahirrahmanirrahim,

2015 telah pun bermula, memandangkan ia tahun 2015, oleh hal demikian tahun ini adalah tahun akhir persekolahan aku setelah aku bersekolah selama 11 tahun tidak termasuk tahun akhir aku bersekolah ini.
ini adalah kemuncaknya, dimana kemuncak yang menentukan aku bakal ke mana, menjadi apa, buat apa, sampai mana kelak. tak gugup? jangan tipu dirilah, jantung aku berdegup kencang setiap waktu, setiap saat. susah untuk aku mengawalnya. aku akan cuba dengan sedaya upaya aku untuk mendapatkan 9A+ dalam SPM 2015 ini.
aku tahu aku tidak sepandai rakan seperjuangan aku, yang mana tidak kira ujian kecil, ujian besar, gerak tempur pasti akan mendapat markah tinggi orang kata flying colours result. aku dapat cukup makan A itu pun aku bersyukur sangat sebab bukan senang tapi aku nak dapat, teringin sangat nak ada plus plus, sepanjang masa setiap ujian straight A punya macam kawan kawan aku. ini serious mereka memang terbaik. mungkin itu bukan rezeki aku buat tahun lepas nak dapat macam apa yang aku impikan.
inshaallah, rezeki aku di penghujung SPM nanti, maksudnya di SPM sebenar nanti. aamiin inshaallah. mak aku kata aku boleh dapatkan sebab semua orang pandai, rajin dan malas sahaja bezanya. Mak aku kata jangan lupa tanggungjawab sebagai seorang yang beragama islam juga, solat jangan lupa, doa itu senjata orang mukmin, inshaallah.
aku rasa macam nak menangis tengah menaip ini.
Allah ada bersama ingat Allah ada. Ya aku akan mencuba setiap hari aku mencuba mengubah diri aku ini menjadi yang lebih baik, tidak mengikut nafsu serakah ini sangat. Aku akan jadi seseorang yang baik buat ibu bapa aku. aku akan cuba sedaya upaya aku untuk mendapatkan 9A+ dalam SPM 2015 itu inshaallah, aku bertawakal sahaja. Aku akan cuba yang terbaik inshaallah.
Last but not least, aku akan cuba abaikan apa tomahan, kutukan yang orang lemparkan sepanjang aku menghadapi SPM ini kerana itu semua sebagai pembakar semangat. berfikiran positif bahawa itu hanya pembakar semangat inshaallah.
Ya Allah mempermudahkanlah daku dan rakan rakanku dalam menempuh medan SPM 2015 ini hanya semata-mata keranaMu aamiin ya rabbal'alamin inshaallah...









No comments:

Post a Comment