Aku ingin tahu bagaimana enjin-enjin dalam kapal terbang itu bertindak balas. Aku ingin tahu berapa speed yang diperlukan untuk laju dan bagaiman keseimbangan kapal terbang itu berlaku apabila kapal terbang perlu berhenti di atas akibat hujan lebat yang mengaburkan pandangan juru terbang dan boleh merbahayakan keselamatan diri dan penumpang.
Aku bukan ingin meniru minat abang kedua aku sebenarnya tapi... aku dapat merasakan keseronokkan abang aku apabila mempelajari lebih detail tentang kapal terbang. Aku seronok tengok koleksi-koleksi kapal terbang yang abang aku telah kumpul. Terdapat pelbagai warna yang menarik, tidak dapat aku terangkan. Aku juga berminat ingin tahu apa semua maksud dan fungsi meter-meter di kawasan pemanduan kapal terbang itu. Banyak sangat, macam susah sahaja nak bawa kapal terbang itu aku rasa.
Jadi, aku nak tahu. Aku kena baca. Hahaha.
Yang penting aku Harry Potter (;
No comments:
Post a Comment