Thursday, October 31, 2013

Today is the day

Assalammualakum, pejam celik - pejam celik pada hari Jumaat bertakhir 1 November 2013 telah bermulanya cuti sekolah. I'm just unbelievable. I'm gonna miss my school, my superb teachers, my fellow friends and special, PHOENIX. Ya Allah, dengan tamatnya persekolahan 2013 ini menandakan aku akan ke alam tingkatan 4 tidak lama lagi. Aku sudah dewasa. Aku bakal menduduki peperiksaan yang terbesar iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Time flies so fast. I had grown up but... my behaviour did not grow up.

Penamatan persekolahan pada tahun 2013 adalah paling bermakna bagi aku. Sebuah pengakhiran yang sangat menarik dan gempak bagi aku. Tidak menghampakan langsung. Hari terakhir persekolahan diakhiri dengan pelbagai aktiviti PASCA PMR yang telah dirancang oleh para guru yang hebat. Terima kasih cikgu. Saya wakil pelajar sangat menghargai atas usaha cikgu-cikgu sekalian menjayakan program ini.

Tidak sangka, beberapa buah hamper menjadi milik aku dan rakan-rakan. Tidak terkata. Hadiah yang bermakna sebelum cuti sekolah ini. Terima kasih bebanyak dan banyak.

Tidak tercerita aku tentang pengakhiran sekolah ini. Sangat meriah.

 

                            


                                                          

Ini adalah wakil daripada PHOENIX. Kami telah memenangi pelbagai pertandingan. Antaranya, ahli kumpulan kami telah memenangi pertandingan Nasyid, iaitu lagu Opick, Rapuh. Seterusnya, seorang daripada ahli kumpulan kami, Yasmin telah memenangi pertandingan Gadis Anggun dan Ayu. Kami juga telah menyertai pertandingan Nyanyian Berkumpulan dan Badminton. Alhamdulillah, the victory is ours! 





Oh happy day! Dalam hari terakhir persekolahan ini pula aku dan rakan-rakan membolot semua acara dan memenangi bukanlah semua acara. Bersyukur dengan usaha dan kerjasama dalam kumpulan. Thank you Allah. Aku dan rakan-rakan bukan ingin show off, malah ingin menunjukkan dan berkongsi kegembiraan sahaja.







Sebak rasanya apabila ingin meninggalkan rakan-rakan sehingga tamatnya cuti persekolahan ini. Walaupun masih berjumpa di laman sesawang seperti Twitter dan Facebook mahupun terjumpa di sesuatu tempat, tetapi... perasaan bersama-sama rakan di kawasan sekolah amat lain. Tidak dapat dinafikan. Situasi di sekolah bersama rakan-rakan memang benar-benar lain.



Kumpulan 8. Aku, Phoenix dan rakan-rakan lain telah menjuarai pertandingan explorace di sekolah pagi tadi. Kumpulan 8 telah mengumpul wang palsu yang paling banyak sekali daripada kumpulan ahli yang lain. Aku dan rakan-rakan ingat bahawa siapa selesai ketujuh-tujuh checkpoint dulu akan memenangi perandingan tersebut, tetapi peraturannya adalah siapa yang mengumpul wang palsu paling yang akan memenangi pertandingan explorace tersebut.

Permainan ini amat mencabar. Sehingga kotor baju-baju riadah kami kerana merangkak di lumpur. Selain itu, ada yang kena lakukan larian home run, mengisi air dalam botol besar menggunakan tangan, permainan "NINE" iaitu menyusunkan lidi yang diberi oleh guru dengan menggunakan 5 gerakkan sahaja dan pelbagai lagi. Ketujuh-tujuh acara dalam explorace telah berjalan dengan jayanya. Aku dan rakan-rakan berjaya mengatasi pelbagai rintangan dalam setiap acara itu. Kami juara.





Pelbagai makanan yang aku dan rakan-rakan terima sebagai hadiah. Rambang mata untuk memilih makanan-makanan tersebut. Berebut-rebut memilih makanan. Tak terkata. Banyak sangat makanan yang diterima. Alhamdulillah, bersyukur. Jika bukan kerana kami, tidak dapatlah hamper yang banyak ini.



Phoenix...





Yang paling dirindui kelak. Phoenix takut berpisah. Phoenix tidak akan berpisah. Our friendship will last forever. Mungkin tahun ini adalah tahun terakhir kami berenam akan bersama. Jejak sahaja tingkatan 4, mungkin bebeapa orang akan ke Sekolah Berasrama Penuh, ada yang ke Maktab Rendah Sains Mara dan mungkin ada yang masih bersekolah tetap di sekolah lama. Bertahun-tahun mengenali sesama sendiri, mana mungkin berpisah?

Jika anatra kami masih mengingati jasa, pengorbanan dan kenangan sesama sendiri, insyaAllah tidak akan melupakan Phoenix itu siapa. Aku berharap persahabatan akrab ini kekal sehingga ke jinjang pelamin, keanak cucu dan selamanya di akhirat kelak.

Akhir kitab, semoga aku dan rakan-rakan berjumpa semula di 24 Disember 2013, hari Selasa jam 10.00 pagi di Dewan Ummar Abdul Aziz, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa 2. Semoga Allah SWT memberikan kejayaan 8A dalam Penilaian Menengah Rendah yang terakhir pada tahun 2013 kepada kami semua. Sekian. Aamin ya rabbalalamin.

Yang penting aku Harry Potter (;











No comments:

Post a Comment