Friday, November 1, 2013

Last date with classmates

Assalammualaikum, hari ini hari terakhir bersama rakan sekelas pada tahun 2013. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Biasa sahaja, hanya makan di Restoran berdekatan iaitu KFC. Duit kelas yang aku dan rakan-rakan kumpulkan dalam kelas telah selamat digunakan.

Gathering bermula pada pukul 2.30 petang. Pakaian random. Cikgu telah memesan  ayam goreng KFC yang terbaru. Keenakkan rasanya tidaklah mencecah tahap maximum. Hanya sedang-sedang sahaja. Ada rakan sekelas aku yang tidak hadir pada petang tadi, hari Jumaat, 1 November 2013. Oleh hal demikian, ada juga makanan lebihan dan... telah pun habis dibaham oleh pelajar lain.




Alhamdulillah, aku lihat semua rakan-rakan aku masih sihat walafiat tadi.  Entah jumpa lagi entah tidak apabila jejak ke alam tingkatan 4 pada tahun 2014 ini. Mungkin ada yang akan berpindah, ada yang ke Sekolah Berasrama Penuh, ada yang akan ke Maktab Rendah Sains Mara dan mungkin ada yang masih bersekolah di sekolah lama. Entah ingat antara satu sama lain ke tak. Itu semua bergantung kepada nilai terpuji dalam diri seseorang individu. Hanya mampu berdoa agar rakan-rakan masih mengenali apabila berjumpa dewasa kelak.



















Alhamdulillah, seronok dan kenyang makan KFC tadi.




Red velvet. Ditambah pula hidangan dengan kek. Segulung terima kasih makcik yang sudi membuat kek ini dalam masa satu hari khas untuk kami semua. Jasa makcik kami kenang. Sedap sehingga menjilat jari Red velvet ini. Cheese pada atas kek itu yang membuatkan Red velvet itu sedap dan enak dimakan.












Entri diakhiri dengan gambar selfish ini. Semoga batch 98's mendapat keputusan yang membanggakan kedua ibu dan bapa dalam PMR 2013 pada 24 Disember 2013 ini. Semoga Allah SWT memberkati apa yang kita sudah belajar dan memberikan kita kejayaan dalm PMR 2013. Tidak lupa juga kepada guru kelas dan guru-guru lain yang banyak memberi kata-kata semangat kepada pelajarnya demi masa hadapan. Sangat disanjungi adalah ibu bapa yang turut bersama-sama mendoakan kejayaan anak-anaknya.

Akhir kalam, aku tahu ada sedikit salah faham antara dua kelas ini. Aku wakil daripada guru kelas dan kelas aku ingin memohon ampun dan maaf sangat atas perselisihan faham, dan kejadian buruk yang berlaku kepada anda semua. Pendek cerita, kita semua. Aku sebak mendengar semuanya. Aku faham perasaan kamu semua. Mohon ampun maaf. Maafkan guru kami. Tolong maafkan guru kelas dan rakan-rakan seperjuangkan kelas aku. Maafkanlah. Sekian.

Yang penting aku Harry Potter (;






1 comment:

  1. hyee assalam . visit sesama blogger bca entry . mcm esei spm pulak. haha. XD . kita anis nk mintak maaf jgak if ad salah silap kat adrina . rndu 3 amanah (even kita ni lonely orgnye) :") go batch 98!

    ReplyDelete