Monday, November 4, 2013

Sudah tiba

Assalammualaikum, last two weeks aku berjumpa dengan doktor gigi untuk buat moulding. Tidak sangka tidak lama lagi gigi aku akan masuk ke dalam macam manusia lain. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku bersyukur dengan apa yang Allah SWT berikan kepada aku.

Oleh  sebab aku kena ejek, malu aku dibuatnya.Orarng mengejek aib aku terbuka. Aku tahu aku jongang. Kau yang baca jangan nak gelak pula, sengih sahaja sudah memadai. Hahaha.



Doktor gigi kata, "gigi awak tidaklah seteruk mana. Cuba tengok gigi-gigi orang lain yang saya dah buat moulding ni. /doktor tunjuk/ . Terukkan gigi mereka daripada awak? Senang sahaja ingin betulkan gigi awak ni kerana dua-dua batang gigi awak di atas telah keluar ke hadapan, jadi senang ingin memasukkan tetapi mengambil masa."

Alhamdulillah, dapat pulih gigi aku sebenarnya. Aku selalu bergambar tidak tunjuk gigi. Sebab ini lah puncanya. Kadang-kadang, sahabat aku ada yang kacau-kacau aku dengan mengejek aku seperti itu tetapi... aku hanya menganggapnya sebagai satu gurauan walaupun kecil hati sedikit. Tidak mengapa, aku baik-baik sahaja.

Oh masa mahu buat moulding gigi, masa itu timbul perasaan excited pada diri. Moulding itu comel, warna merah jambu pada mulanya. Selepas ia keras membentuk gigi, ia bertukar warna putih. Mula-mula doktor mengambil moulding pada gigi bawah aku, selepas itu ambil pada gigi atas. Semasa ambil moulding pada gigi atas, aku berasa takut kerana kelihatan seperti susah bagi doktor itu untuk menanggal moulding pada gigi aku masa itu. Bagaikan ingin tercabut gigi aku dibuatnya. Hahaha.

Akhirnya, dapat juga ditanggal. Gigi arnab aku masih terlekat pada gusi lagi.

Yang penting aku Harry Potter (;

No comments:

Post a Comment