Sunday, November 10, 2013

Hari ini punya cerita

Assalammualaikum, pada hari ini besi pada gigi aku telah pun diketatkan. Alhamdulillah, tiada sakit apa-apa pun. Hanya terasa seperti gigi itu ditolak. Semasa memberus gigi, gigi aku berdarah meleleh-leleh darah keluar dan... aku mula ingat apa yang doktor kata "kadang-kadang gigi akan berdarah, gusi akan bengkak atau gigi berdenyut/kebas"

Oleh hal demikian, aku bertenang sahaja dan meneruskan perjalanan. Kehkehkeh

Selepas itu, aku dapat tahu bahawa arnab aku, Potter telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Tinggal Brown sahaja dirumah. Sebak aku mendengarnya. Potter (arnab aku) telah dicakar oleh seekor kucing besar. Ya Allah, sedihnya aku. Aku baru sahaja mebelanya 2 minggu lepas. Tidak sempat dan puas aku meluangkan masa bersmanya.

Ya Allah, aku berharap tiada apa-apa akan berlaku kepada Brown nanti.

Yang penting aku Harry Potter (;

No comments:

Post a Comment