Tadi ada b2uty gathering. Sebenarnya pada mulanya, aku tidak tahu b2uty itu apakah itu. B2uty adalah peminat B2st. B2st itu adalah kumpulan Korea yang terkenal. Aku ini dulu masa darjah 4 boleh dikatakan k-popers juga. Sejak aku melangkah ke alam sekolah menengah, aku terus lupa. Aku tidak tahu bagaimana. Tapi tidak lah aku lupakan gila-gila. Yang paling aku tidak akan lupakan, dan taaaatap didalam hati aku adalah Sungha Jung. Okay.
Baiklah, cerita balik tentang b2st. Dalam b2st ini ada juga jejaka tampan yang aku minat dulu. Beliau bernama Gi Kwang. Ewah. Aku ini tidak mendalam sangat tentang Korea ini. Aku paling tahu tentang Sungha Jung. Itu sahaja. Hahaha
Next, b2uty gathering tadi diadakan di Dubu-Dubu Seoul Food. Ya Allah, tidak terkata makanannya. Aku pantang nampak makanan ini. Kalau boleh, semua makanan yang dijual aku ingin makan. Aku makan Dubu udon chicken soup tadi manakala minuman hanya air masak dalam botol bahasa orang putihnya adalah mineral water. Tidak terkata, memang sedap. Cubalah jangan tidak cuba okay?
Oh aku menjadi seorang yang pendiam ketika berkumpul tadi. Aku tidak tahu apa-apa pun tentang Korea ini. Aku buat-buat faham sahaja. Selepas itu, aku keep menonton lagu Korea di TV dalam kedai Dubu-dubu itu. Bagaikan, tunggul besi bukan kayu lagi aku. Kalau kawan-kawan aku memang aku yang menjadi minah kecoh. Apa boleh buat kan.
Agak penat, berjalan-jalan dalam MidValley. Selepas itu naik komuter untuk pulang ke rumah. Aku sampai tertidur di dalam komuter itu. Lantaklah orang nak pandang apa.
Yang penting aku Harry Potter (;
Agak penat, berjalan-jalan dalam MidValley. Selepas itu naik komuter untuk pulang ke rumah. Aku sampai tertidur di dalam komuter itu. Lantaklah orang nak pandang apa.
Yang penting aku Harry Potter (;
No comments:
Post a Comment