Friday, November 8, 2013

Risultato

Pejam celik, pejam celik ketibaan hari mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah bagi tahun 2013 semakin hampir. Ia kira-kira dalam 46 hari begitu. Ya Allah, aku tertanya-tanya adakah aku akan mendapat keputusan yang cemerlang pada hari itu? Adakah keputusan itu akan membanggakan ibu dan bapa aku? Adakah ibu dan bapa aku akan menangis kegembiraan di dalam dewan nanti? Memandangkan pada tahun 2013 adalah tahun terakhir PMR dan memandangkan aku adalah anak terakhir iaitu anak bongsu dalam keluarga, aku ingin mengakhiri zaman Penilaian Menengah Rendah dengan keputusan yang membanggakan dalam keluarga.

Aku telah berusaha, belajar, berdoa sebelum menjawab soalan peperiksaan pada bulan lepas, Oktober. Ibu dan bapa aku menghantar ke kelas tambahan. Abang-abang dan kakak-kakak ipar aku turut memberi sokongan padu kepada aku. Dan... pada bulan lepas aku telah pun selesai mengakhiri peperiksaan PMR. Aku berasa sangat lega, dan apa yang aku sedang lakukan sekarang adalah tawakal iaitu berserah diri kepada Allah SWT setelah berusaha untuk memperoleh sesuatu.

Aku masih ingat, lagi dua hari sebelum peperiksaan bermula, aku menangis semasa belajar di ruang tamu. Ini mungkin aku terlalu tertekan. Abang-abang aku tarik aku bermain layang-layang bersama mereka. Tekanan aku hilang. Aku ketawa keriangan ketika itu, tapi hati aku masih memikirkan peperiksaan. Abang-abang aku kata bahawa aku boleh lakukannya. Dan... aku percaya dengan kata-kata daripada abang-abang aku.

Jika hendak dingatkan semula, kelakar tahu tak? Aku menangis.

Ya Allah, aku berharap segala usaha yang telah aku lakukan mendapat keberkatan dan usaha yang aku lakukan itu mendapat balasan yang terbaik iaitu mendapat keputusan 8A cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah bagi tahun 2013. Aamn ya rabbalamin.

Ya Allah, aku berharap impian aku tercapai. Ini semua hanya semata-mata khas untuk kedua-dua ibu dan bapa aku. Aku ingin melihat mereka menangis kegembiraan apabila melihat keputusan PMR 2013 aku. Aku juga ingin membalas jasa mereka yang telah membesarkan aku selama 15 tahun ini menjadi seseorang anak yang berguna. Cara mendapat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah pada tahun 2013 dapat membalas jasa kedua ibu bapa aku.

Aku berharap, impian aku tercapai. Apa yang aku perlu lakukan sekarang adalah teruskan berdoa dan berdoa sehingga tibanya hari yang mana keputusan Penilaian Menengah Rendah 2013 akan keluar. Doakanlah kejayaan 8A PMR 2013 menjadi milik aku dan rakan-rakan aku. Aamin, sekian.

Yang penting aku Harry Potter (;



No comments:

Post a Comment