Maafkan anakmu ini jika banyak terkasar bahasa terhadap anda, mungkin siapa tahu kan? Adik sebagai wakil daripada abang-abang ingin meohon maaf terhadap ma&pa. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ma&pa yang telah melahirkan kami ke dunia ini. Terima kasih kerana membesarkan kami bertiga dengan didikan agama yang benar sehingga kami berjaya sampai ke hari ini. Terima kasih atas setiap dorongan yang diberi terhadap kami bertiga.
Anak lelaki pertama ma&pa telah pun berkahwin pada tahun 2005. Anak lelaki pertama Ma&Pa telah pun berumur 29 tahun. Sudah besar dan sudah pun menjadi pemimpin dan ketua keluarga sekarang ini. Dia telah pun dikurniakan dengan 2 orang puteri yang cantik. Doakan lah hubungan mereka kekal hingga ke Jannah. Doakanlah mereka sekeluarga bahagia di dunia dan di akhirat.
Anak lelaki kedua ma&pa telah pun berkahwin juga pada tahun ini, 2013. Anak lelaki kedua ma&pa telah pun berumur 27 tahun. Sudah besar dan sudah pun menjadi pemimpin dan ketua keluarga sekarnag ini. Doakanlah perhubugan mereka kekal sehingga di Jannah. Doakan mereka berbahagia.
Dan saya, anak ma&pa yang beruur 15 tahun ini berharap agar ma&pa sentiasa mendoakan kejayaan saya dan sentiasa mendoakan 8A's PMR 2013 menjadi milik saya kerana ini adalah satu hadiah, ucapan terima kasih dan tanda memohon maaf terhadap anda berdua. Tolong saya ma, pa, sementara lebih kurang tiga minggu lagi keputusan akan keluar. Doakan saya sentiasa menjadi anak yang solehah.
Terima kasih Allah. Dikau kekalkan lah hubungan kekeluargaan ini sehingga di JannahMu ya Allah.


No comments:
Post a Comment