Friday, December 13, 2013

menghampiri

19 Disember 2013 semakin menghampiri dengan aku. Pejam celik, pejam celik, tinggal enam hari lagi. Jantung aku berdegup kencang kerana tarikh itu semakin tiba. Tidak senang duduk aku dibuatnya, bagaikan cacing kepanasan. Tidak tenteram aku dibuatnya sekarang. Semakin hampir tarikh tersebut kepada aku, semakin banyak aku berfikir dan terus berdoa.

Apa yang bakal menghampiri aku dalam masa enam hari ini adalah keputusan Penilaian Menengah Rendah tahun dua ribu tiga belas. Semakin hari semakin lain perasaan aku.  Aku telah berusaha. Setiap hari aku istiqamah bersujud kepada Allah SWT, aku berdoa, aku menghormati kedua ibu bapa aku dan senang cerita aku mencuba jadi yang terbaik dalam kehidupan seharian. Aku berharap, 8A PMR 2013 menjadi milik aku.

Aku berharap kejayaan 8A PMR 2013 itu menjadi milik aku. InsyaAllah, jika itu rezeki aku, aku akan dapat. Aku berserah diri kepada Allah SWT. I trust Allah SWT. Allah SWT yang akan memberi aku kejayaan 8A itu kelak. Aku redho jika itu bukan milik aku. 

Apa yang penting, aku tidak mahu menghampakan ibu dan bapa aku. Aku anak terakhir dalam keluarga, aku mahu menutup Penilaian Menengah Rendah ini dengan kejayaan yang cemerlang. Ini juga satu tanda aku membalas jasa mereka. Aku tidak mahu menghampakan mereka. Aku tidak mahu..

Apa yang aku buat adalah terus berdoa sehingga tibanya 19 Disember 213, Khamis.

Bismillahirrahmanirrahim

Yang penting aku Harry Potter (;



"اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ"
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh”






No comments:

Post a Comment