Thursday, December 26, 2013

Barakah

Late post ..

Alhamdulillah, berkat kesungguhan aku belajar, aku bersujud kepada Allah SWT, aku telah dapat apa yang aku idamkan selama tiga tahun ini. Aku dapat membalas jasa ibu ayah aku dengan keputusan warna terbang ini. Impian ibu ayah aku sudah pun tercapai untuk melihat salah seorang daripada tiga orang anak-anaknya mendapat keputusan cemerlang A's lurus dalam semua mata pelajaran.

Selama ini, mereka asyik melihat anak-anak jiran, anak-anak rakannya yang berjaya mendapat keputusan cemerlang A's lurus dan lalu berkata "pandai anak orang itu". Aku yang mendengarnya tersentuh dan aku dapat membaca isi hati mereka bahawa mereka inginkan salah seorang anak mereka mendapat keputusan cemerlang A's lurus itu. Kedua-dua abang aku sudah pun lepas daripada alam persekolahan, dan alhamdulillah mereka berjaya sehingga sekarang. Dengan ini, tinggal aku seorang sahaja yang boleh memberi ibu ayah aku keputusan A's lurus itu.

Terima kasih Ya Allah,

Status terakhir aku di laman sesawang twitter adalah "seandainya aku dipanggil ke atas pentas". Tidak terkata aku dibuatnya apabila nama aku sendiri dipanggil untuk naik ke atas pentas sebagai calon keputusan A's lurus tahun 2013. Aku terkedu. Aku tergamam. Aku.. Aku terus berlari memeluk ibu aku dan menariknya ke atas pentas bersama. Air mata berlinangan. Aku tidak dapat menahannya. Hanya Allah SWT mengetahui bagaimana perasaan aku ketika nama dipanggil. Jika diberi peluang untuk berucap, aku akan berucap lebih daripada sepatah dua kata.




Setelah aku mendapat keputusan, aku dapat melihat betapa terserlahnya muka ibu ayah aku mendapat tahu bahawa anaknya yang naik ke atas pentas. Dengan bangganya mereka menjawab kepada jiran-jiran, rakan-rakan yang bertanyakan tentang keputusan anaknya. Aku tidak terkata, aku sebak melihat mereka sungguh gembira. Ayah aku pulang dengan membawa sebijik kek untuk aku dengan wajahnya tersenyum riang. Tergamam aku dibuatnya. Sekarang ini aku dapat merasakan beginilah reaksi seseorang apabila berjaya mendapat apa yang diimpikan selama ini.

Sehingga sekarang aku seperti tidak percaya bahawa slip keputusan peperiksaan itu milik aku, dan nama pada slip itu adalah nama aku. Sepanjang tiga tahun aku belajar, aku tidak pernah mendapat keputusan cemerlang A's lurus dan pada 19 Disember sudah terbukti bahawa aku boleh dapat. Entahlah, aku tidak terkata. Hanya Allah SWT mengetahui perasaan aku sekarang ini.


Janji Allah SWT itu pasti. 

Apabila aku mendapat keputusan ini, aku sangat merasakan bahawa Ya Allah, susah aku ingin ceritakan. Aku memang merasakan bahawa Allah SWT betul-betul dengan aku. Terima kasih ya Allah. PemberiaNya sangat bernilai bagi aku. Percaya Allah SWT. Terima kasih Ya Allah kerana memakbulkan doa' ibu, ibu, ibu, ayah, abang pertama, abang kedua, kakak ipar pertama, kakak ipar kedua, anak-anak buah, makcik, pakcik, datuk, nenek, rakan-rakan, saudara dan doa'ku. Sesungguhnya Allah SWT itu Maha pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillahi rabbil 'alamin rakan-rakan seperjuangan aku juga berjaya merangkul keputusan yang cemerlang terbilang lebih-lebih lagi phoenix. Tahniah dan tahniah kepada Yasmin, Siti Aisyah, Nur Qamarina Izzati, Mimie Yasmin, Saniah Aina, Nur Wahidah, Nur Nadiah Nadhirah, Zulaikha, Nurul Shahirah, Firzana Hazirah, Fatin Syahirah, Abu Danish, Luqman Haziq, Luqman Nul Hakim, Muhammad Izzuddin, Muhammad Aizuddin, Lemuel Phuna, Amir Afnan, Chew Wei Xian, Kuen Mun Hao, Lim Rui Yang, Nur Hafira, Anis Zulaikha, Venitha, Aliah Izzati, Aida Afiqah, Nur Adlina, Nur Khairiah, Aina Afiqah, Muhammad Mukhriz, Faris Hilmi, Zarul Hakimi, Muhammad Khuzairie, Nor Daniel, Siti Khadijah, Anis Farina, Azlinda, Siti Shafina, Siti Hajar, Akmal Nadhirah, Muhammad Khalifahtullah, Nabil Nur Hazmi dan sangat ramai. Tahniah aku ucapkan, kita semua hebat.

Tidak lupa juga rakan seperjuangan aku yang duduk nun jauh di sana, Atiqah Adlin, Hariz Hakim, Siti Hawa, Syazwani dan sangat ramai, tahniah untuk rakan-rakan serta saudara aku yang sangat hebat ini, Nazrul Azri, Sarah Yasmin, Nur Najihah tahniah saudara! Alhamdulillah terima kasih Ya Allah.

Maafkan aku kalau-kalau ada nama yang aku tidak letak. Bukan apa, aku ini kadang-kadang pelupa juga, tidak dapat berfikir kerana terlalu teruja. Maafkan aku. 

"La tastaslim" - don't give up

Ada satu lagi peperiksaan besar yang aku dan rakan-rakan seperjuangan aku bakal tempuhi kelak iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Aku berharap, aku dan rakan-rakan seperjuangan mendapat keputusan cemerlang A's lurus dalam SPM 2015 kelak.

Aamin ya rabbal alamin

Terima kasih Ya Allah,
Terima kasih ibu,
Terima kasih ibu,
Terima kasih ibu,
Terima kasih ayah,
Terima kasih guru,
Terima kasih abang-abangku,
Terima kasih kakak-kakak iparku,
Terima kasih datuk nenakku,
Terima kasih makcik pakcikku,
Terima kasih saudaraku,
Terima kasih rakan-rakan,
Terima kasih semua.

Congratulation to all of us! Alhamdulillah

Yang penting aku Harry Potter (;







No comments:

Post a Comment