Aku buntu sekarang ini. Adakah perlu aku ke asrama? Atau pun sudah cukup bagus aku hanya berada dengan ibu ayah aku iaitu bersekolah sahaja di sekolah lama aku. Ada kebaikan dan keburukkannya jika aku ke asrama dan jika aku tidak ke asrama. Hari-hari aku berfikir dan meminta bantuan dengan berdoa' kepada Allah SWT . Masa sedang berjalan. Masa tidak akan berhenti walaupun seketika. Persekolahan dua ribu empat belas bakal tiba kelak dan keputusan asrama juga akan keluar kelak.
Aku sedang berfikir ini.
Jika aku pergi, kesian kepada ibu ayah aku. Mereka pasti akan kesunyian dan tinggal berdua sahaja di rumah kerana kedua-dua abang aku telah pun berkahwin. Lebih kesian lagi, ayah aku selalu outstation ke sana, ke sini, ke situ, ke mana-mana sahaja dan sudah tentu ibu aku akan tinggal seorang diri sahaja di rumah nanti. Sebak betul apabila aku fikirkannya. Selain itu, aku memang mahu merasakan hidup sebagai seorang pelajar asrama tetapi aku takut. Aku takut aku tidak dapat menangkap pembelajaran yang diajar oleh guru di sana dengan sepantas kilat seperti pelajar-pelajar yang lain. Allahu
Kebaikan jika aku ke asrama, impian aku tercapai untuk menjadi seorang pelajar asrama. Nampaknya, keburukkan lebih banyak berbanding kebaikan.
Jika aku tidak pergi ke asrama, ibu ayah aku mempunyai teman di rumah. Mereka tidak kesunyian. Apabila ayah aku outstation, ibu aku tidak keseorangan di rumah nanti kerana akulah peneman beliau. Tingkatan 5 kelak, ibu aku boleh hantar aku ke kelas tambahan untuk memantapkan lagi pembelajaran aku. Jika aku tidak pergi, asrama akan datang adalah alam universiti nanti. Adakah sama situasinya nanti? Buntu aku memikirkannya.
Rakan.. terutama sekali phoenix itu. Jika aku seorang yang pergi, yang lain tidak kemana. Aku rasa sangat terpisah. Biar semua pergi sekurang-kurangnya, barulah aku tenang sedekit. Aku sayang mereka. Aku sayang juga rakan-rakan aku yang lain. Aku tidak lupa. Aku bukanlah seseorang yang lupa kawan. Aku selalu mengingatkan diri aku "jangan lupa kawan".
Aku berserah kepada Allah SWT. InsyaAllah aku dapat berfikir setelah tibanya tahun baru nanti. siapa tahukan ..
Semua orang asyik berkata, "untungnya menjadi anak bongsu" "apa mahu semua dapat" . Tidak semudah yang disangka wahai sahabat. Sebagai anak bongsu, terutama sekali perlu menitikberatkan tentang ibu ayah . Sebagai contohnya ialah diri aku. Lihat, abang-abang aku sudah berkahwin. Masing-masing mempunyai rumah sendiri. Masing-masing mempunyai keluarga sendiri. Abang-abang aku akan datang menjenguk ibu ayah seminggu sekali sekurang-kurangnya. Jadi, yang tinggal bersama ibu ayah aku sekarang adalah aku. Aku bersama mereka hari-hari, setiap masa. Bagaimana mungkin aku boleh masuk asrama dengan meninggalkan mereka begitu sahaja.
Allahu
Yang penting aku Harry Potter (;
No comments:
Post a Comment