Monday, May 26, 2014
freundschaft
ada dua jenis,
jenis pertama, dia yang kenal dengan engkau sama ada dari kecil, dari kanak-kanak, dari remaja mahupun dari dewasa. dia akan bersama dengan engkau ketika engkau senang dan ketika engkau dalam kesusahan. apabila dia ada masalah, dia akan minta bantuan kau dan apabila tiada masalah dia terus bersama engkau. engkau pun terus bersama dengan dia.
jenis kedua, dia yang kenal engkau sama ada dari kecil, dari kanak-kanak, dari remaja mahupun dari dewas juga. dia akan berada dengan engkau ketika engkau senang sahaja malah apabila engkau dalam kesusahan, dia akan perlahan-lahan melarikan diri daripada memberi pertolongan untuk menyelesaikan masalah engkau. apabila dia ada masalah, dia akan mencari engkau. jika dia tiada masalah, dia akan melupakan jasa baik engkau yang sudah membantu dia menyelesaikan masalah dia.
agak-agak aku jenis yang mana antara kedua-dua jenis itu.
aku pasti,
setiap orang mahukan dia dia dia dia, tidak kiralah berapa ramai dia untuk terus bersama, kekal bersama sehingga ke jannah, inshaallah. tipu, engkau kata "aku tak nak terus dengan dia. nanti masuk ke alam baru dapat yang lebih baik". kalau ada yang begitu, memang kuku besi orang itu.
selagi hayat dikandung badan, tidak akan putus tali persahabatan kita,
itulah sahabat.
yang penting aku harry potter (;
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment