Monday, June 2, 2014
khilaf
aku takut khilaf lah...
mana tahu aku cuai kadang-kadang.,. note for self, adrin.
aku bermohon dihindarkan daripada tinggal solat. tolonglah jangan sesekali berlaku. aku takut itu, syaitan kalau sudah hasut bukan main lagi. belum tentu iman aku kuat. hendak tempuh akhir zaman ini pun gentar, kalau boleh aku nak meninggal sebelum kiamat.
aku tak nak jadi anak tak solehah. well i know, i'm not the best but at least i'm trying to be the best.
hendak membalas jasa ibu bapa ini tidak cukup dengan wang ringgit sahaja. aku masih pelajar, jadi buat masa sekarang aku hanya boleh beri keputusan cemerlang dalam peperiksaan sahaja. ini pun aku dapat rasa yang aku telah kecewakan ibu bapa aku dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahun ini. minta maaf ibu ayah.
walaupun aku sudah berusaha, aku sudah berdoa, aku sudah buat sehabis baik, aku sudah tawakal, kalau itu bukan rezeki aku, tetap tidak akan jadi rezeki aku.
aku redha itu.
aku takut juga kalau-kalau aku itu cuai menegcilkan hati sahabat aku. ampunkan aku, sahabat. aku bermohon agar sifat iri hati ke apa ke tiada dalam diri aku ini. aku tak nak rasa sifat itu lah. seba itu memudaratkan kesihatan, aku rasa lah...
apa lagi aku takut aku cuai.
banyak benda boleh cuai, barang hilang pun cuai.
menjawab soalan peperiksaan, jawapan salah. itu cuai juga -,
tanam sifat baru, jangan cuai hahah.
new month, new goal
yang penting aku harry potter (;
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment